Monday, November 21, 2011

An Unforgettable Trip to Beijing, China - PART 2

Continue lagi kita ke kisah seterusnya pergi berjalan-jalan di Beijing, China...dari PART 1
                    Masuk hari yg kedua, saya dan Pen Biru pergi turun breakfast di cafe hotel. Hmm...mmg tak berapa kena dgn tekak, tapi saya gagahkan jugak diri makan apa yg mampu. Walaupun ada pilihan, tapi, tasteless jugakla makanan kat situ, TAWAR. Saya last2 mkn roti bakar dgn jem. Huhu...amik pau(steamed bun) pun keras (kata ja steam). Teringat pau kat Malaysia, lagi best, lembut ja..
Hotel Taishun Business Beijing
Pas makan, saya sempatla melepak kat luar sementara menunggu Cathy dtg. Amik gbr sekeliling hotel. Hah, saya nmpak diaorg selamba ja berus gigi tepi jalan, luar rumah masing2. Ada yg basuh baju tepi tu. Sapu sampah. Tgk toto/comforter yg disidai selamba ja tepi jalan. Rupanya diaorg jemur supaya habuk2 kuar n mmlm nak una balik, maklumla musim sejuk kan. 
 Ni keadaan dpn hotel tue....


Then, we moved to our next destination. Traffic is quite heavy here. Congestion merata2...So,nak sampai ke satu-satu destination mmg mengambil masa la, sbb kereta banyak. 


signboard
Ni kira ok la nie, ada lagi teruk




Tgk kereta2 mereka kt sana leh tahan. Kereta Hyundai Elantra dibuat teksi ja.



 Kereta Wolkswagen(POLO) pun bnyak, Mercedes apatah lagi. Yalah mungkin kereta mereka kt sna murah kan...kita mahal pun sbb tax. Walaupun Cherry tu kereta kelauran China, tapi depa sendiri tak pakai Cherry pun. Huhu...
keta mcmni, berlambak kt sna...mana ntah pi CHERRY?
Government kat sini pandai jugak cari jalan nak elakkan traffic congestion ni. Salah satunya ialah, melimitkan nombor2 plat kereta yg dibenarkan dipandu pada hari2 tertentu sahaja. Contohnya, pada hari Isnin, kereta yg tidak dibenarkan berada di atas jalanraya ialah kereta yg nombornya berakhir dgn no. 1-8 (contohnya). So, kalo kereta yg last nombornya 1 atau 8 berada atas jalanraya di ibukota Beijing, siapla kena saman. Huhu..diaorg leh drive ke luar bandar ja aritu. Ok gakkan undang2 nie. So, setiap hari ada no2 yg berlainan. Tpi, wekend ja semua kereta dibenarkan keluar ke bandar.
Tak tau la pulak statue apa nie...tapi menarik gak
Arini kami nakp Great Wall, about 40 minutes journey from our hotel. Sebelum sampai sana, kami singgah kat satu Jade Center yg buat and jual jade. 


Jade Center
Tgk cara depa buat jade, n mcm2 lagi. Tapi, lepas abis explain n tgk, hah...masa utk membeli la.Bentuk macam2 ada jed ni dan harga ada yg mececah puluhan ribu n ratusan ribu yuan.  


Contoh jed yg ada, bentuk singa-kebanyakannya meletakkan baru bentuk singa kt depan kedai/premis depa(protection la konon)
Mcam batu ja kan..
batu2 yg lepas tu akn dibentuk2kan
Gelang jed-bagus utk jaga kesihatan kata mereka(MAHAL ni!!)
Ni dari jed tau
Ptung pahlawan cina
Dalam jed center-Main hall rasanya
Belakang saya tu penuh dgn jed ja. Ni tempat jualan..tgk boleh, beli pikir dulu ya. Lupa lak, credit card pun is accepted!!
Kapal ni dibuat dari jed jugak. Hmm..berapalah agaknya harga kapal ni?
Diaorg mmg pandai...sambil kita belajaq, sambil membeli. Saya pun tak terkecuali la..beli jed utk kwn saya. heheh..Selesai kat situ dlm 20 minutes, it's time for us to go to Great Wall la. Yahoo...cant wait.
Ticket tak tahu berapa, travel agency byrkan
Guide Service
Tgk boleh..cuci mata

Maafla, saya tak berani masuk toilet ni coz dah  leh imagine toilet depa mcmana...takde air(paip dlm tu and smelly)
Great Wall mmg magnificent gila. Takleh bayangkan dek akal kita ni, camana org dulu2 built it tanpa ada teknologi canggih mcm skrgni...hanya guna tenaga tulang empat kerat ja. 
Sejuk tau!!
kt sini x ramai org..lepas beberapa ketika, manusia makin ramai gila dtg, sampai nak naik atas pun sure sentuh bahu orang
Betapa lama masa yg diambil utk siapkan tembok tu, dari satu dynasty ke satu dynasty...ramai yg mati and thats why it's called as "Longest cemetary" too. Yalah yg mati tu di tanam sekali la bwh tembok tu. Tembok ni digunakan sbgai pertahanan masa perang. 6000km kalo nak jalan sampai habis, so sesapa yg berjaya, dpt terus ke negara Mongolia la. Huhu...


Kisahnya padlock ni sgt unik
Couple2 akan kunci padlock ni and buang kunci dia ke bawah. So kalo nk break up, kenala pi cari kunci and buka padlock ni, baru leh break, kisahnya....
Ramai tourists from other countries and China itself
  Saya pun amik kesempatan memanjat tembok ni. Tangga dia tak sama besar, sebab tu penat memanjat, ditambah pulak cuaca yg sejuk(bukit kan). Huh...letih dibuatnya. Tak caya, tgk gambar2 yg ada tu.


Bukti bahawa saya berjaya mendaki tembok besar ni!!
Tggi nie!!
Dari atas...
Kedai Souvenir yg ada..jgn beli  kt sini, mahal ni..
Okay kita bersambung ke PART 3 pulak nanti untuk kisah seterusnya.... Check it out!!

shared by CUDA..

2 comments:

Pen Biru said...

bravo!!! bravo!!! bjaya jugak hg naik sampai atas..kalau depa bwk kita p gate yg lain ada yg tangga rendah2..yg ni tangga tinggi..rugiiii

azhar said...

Teacher, During my time there,
It's during the week of chinese new year, at the end of january... So the traffic congestion is not bad...

From : Azhar Ahmad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...