Assalam n Hi to all.
So, it's true. Parlimen dah dibubarkan hari ini. Our PM dah announce pagi tadi kat tv. Apa lagi? Lepas ni jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, iaitu MENGUNDI.
Undi adalah rahsia. Siapapun tiada hak memaksa kita untuk mengundi si polan or that polan. Amanah sebenarnya bila kita pergi mengundi. Bagi yang cukup umur dan layak, sila jalankan amanah anda itu. Rugilah kalau ramai yang pilih utk tidak mengundi jika tidak mempunyai sebab-sebab yang munasabah. Tepuk dada tanyalah selera. Kita tak boleh pertikaikan..politik dalam kehidupan kita memang tidak boleh lari dan saling memerlukan. Mana nak datang kerajaan bagi sesebuah negara jika tiada pilihanraya untuk memilih kerajaan yang benar-benar dirasakan layak untuk mentadbir sesebuah negara itu? Sebab itulah wujudnya POLITIK.
Tak semestinya kita kena libatkan diri dengan politik ini. Cukuplah sekadar mengambil tahu siapa yang berada dalam pentadbiran negara kita, hierarki kerajaan dan sebagainya, sebagai pengetahuan kerana kita sebagai rakyat MALAYSIA perlu ada pengetahuan tentang perkara tersebut. Tidak perlu juga terlalu fanatik dengan parti-parti tertentu dan mencaci maki parti berlawanan. Laksanakan tanggungjawab kita dengan mengundi. Yang lain, serahkan pada takdir.
So, my dearie readers..If u are elligible to vote in this coming PRU 13, then do ur responsibility. Let's pray for our country, the harmony, the prosperous and the wealth. Amin.
CUDA.





No comments:
Post a Comment