Sunday, November 20, 2011

An Unforgettable Trip To Beijing, China- PART 1



Salam semua blogger yang follow saya.

Maaf ya, lama dah saya tak update the latest info.mengenai saya...new thing n story. Well, sehari lepas raya haji, saya dh bertolak ke Beijing bersama BFF saya, Pen Biru. Satu plan yg dh lama kami buat, wat gila kononnya, pergi beraya di negara orang. Mengapa CHINA? Beijing terutamanya?Salah satu benda yg amat menarik hati saya tentang Beijing ni ialah, one of the 7 wonders in the world iaitu, The Great Wall. Selalu tengok dlm documentary dan saya dah bnyk kali baca tntg Great Wall ni, amatlah menggembirakan sekiranya saya dpt menjejakkan kaki sendiri ke situ... 


Dipendekkan cerita, saya dgn kepala yg gila nie, ajak BFF saya tu, p Beijing. Apa lgi, mula ricky travel agency yg ada pakej murah ke sana...Saya juz amik pakej "ground" ja hanya RM 595.00, kalo campur dgn visa, RM 695. Yg mahal tu ticket flight, mujurla saya book flight AIR ASIAtime dia ada wat promotion, so dapatla ticket pergi n balik dalam RM800 kot x salah.

Kami bertolak ke KL pada mlm raya haji, so bila smpai LCCT,saya dan Pen Biru terpaksa bermlm di situ kerana flight kami adalah pada jam8.30 pagi. Saya ingatkan hnya kami di situ, rupa2nya ramai lagi manusia2 yang seperti kami, tidur di kerusi2 di LCCT tu. 
Tengok belakang saya tu, pic ni diambil pada jam 12 lebih kalo tak salah...ramai lagi yg lepak and tido di LCCT ni..

Ok, flight kul 8.30am, mengambil masa 6 jam untuk smpai ke Tianjin Airport, China. Air Asia X mmg takde direct ke Beijing, unless kalo kita amik MAS. Waktu kita sama ja dgn di sana, cuma berbeza dari segi suhu. Bulan November hingga March adalah musim sejuk, time kami pi tu, baru nak masuk musim sejuk, so no snow la kan..cuma sejuk berangin 10 darjah C.

6 jam flight ni...apa lagi, my favourite pastime la, reading novel. Bacalah sekejap, pastu...cover ZZZZzzzz...letih tido2 ayan di LCCT semalam.

Pen Biru dah pesan, book meal sekali, coz kalo beli dlm flight, mahal 5 ringgit..so, saya booked meal ni pergi n balik, Nasi lemak ja...takpelah, janji dpt lapik perut utk 6 jam flight.

Ok.Nak share sikit gambar2 yg sempat saya snap disana...pada hari pertama smpai, dah jam 2.35(mcm dh kul 4ptg). Keluar2 dari airport Tianjin, mak eh...SEJUKKK!!! Mujurla saya mmg dah standby pakai windbreaker saya-Cheetah kaler purple favourite saya, so leh la tahan lagi. Ok,silalah tgk gbr ni beserta captionnya sekali.


 Dalam Tianjin Airport, saya nampak KFC!! Jam menunjukkan pukul 3.03pm..

 Di luar Tianjin Airport, sebelum naik van menuju ke Beijing yg akan mengambil masa selama 2 jam perjalanan. Rupa2nya saya dan pen biru telah digroupkan dgn 10 orang lagi dari Malaysia(8 sekeluarga dan sepasang suami isteri(pencen). Tu yg berada di belakang saya adalah group kami.

 Nilah rupa Tianjin Airport dari luar...oklah tu kan?

Lepas tu kami pun bertolak ke Beijing. Dalam perjalanan, tourist guide kami, Ms. Cathy Wang(speak English ja), dok explain dan menjawab soalan2 yg kami kemukakan. Friendly dan very helpful too. Okala.


 Dalam van yang membawa kami ke sana sini sepangjang 5 hari di sana

 Aha, advertisement signboard pertama saya nampak lepas bergerak dari airport

 Tol kat sana, lebih kurang mcm tol kat Sg.Besi-besar

 Toll gate- ada rupa mcm kereta kabel kan? Comey ja

 Disebabkan kami terlambat masa proses kastam di airport, jadi plan utk hari ni iaitu nak tgk Acrobatik show terpaksa ditukar ke esok. Jadi si Cathy bawa kami terus untuk pergi makan..Bayangkan, pukul 5.10pm(bersamaan waktu Malaysia) dah masuk Magrib. Nilah tempat makan pertama kami untuk dinner.

 Rupa dinner kami..Rasa jgn cakap, yg paling best ada telur dadar tapi-TAWAR!!

Nilah rupa restaurant Muslim-saya kan amik pakej MUSLIM Tour...jadi kami hanya makan di tempat2 yg HALAL saja. Tak susah jugak nak cati tempat makan yg halal kat sana. Kena tgk signboard warna hijau dan ada ayat jawi or tulisan khat. InsyaAllah halal.

 Saya dan Pen Biru berada di hadapan Hotel Taishun Business Hotel(4 star katanya, tapi saya tgk mcm 3 star ja kalo ikut standard Malaysia)

 Rupa dalam hotel

 Tv mmg best, LCD..Tapi channel tak best, semua dalam bahasa mandarin. Kalo kantonis saya leh gagah lagi ngadap...huhu...
 Nilah rupa van yang setia membawa kami ke sana sini

Satu-satunya kedai runcit yang ada di hadapan hotel tu..bolehla wat nak beli benda2 ringan..kasut pun ada gak jual n glove. Tuan punya kedai ni dok sebelah tu ja and sgt friendly. Sure la kena friendly coz nk kami beli brg2 dia..hehehe.. 

Okay. Ni baru PART 1, saya akan bersambung esok pula untuk kisah seterusnya...PART 2. Tungguuu...

shared by CUDA..

1 comment:

Pen Biru said...

tilam keras mcm batu..hahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...