Monday, February 7, 2011

2011-new year-new hope


As salam...

Rasa macam dah lama aku tak update blog ni. Macam-macam yang jadi, aku pun bz dengan macam-macam hal.Januari- bulan aku dilahirkan...dah masuk tahun baru, umur aku pun dah bertambah ke satu angka lagi...13.1.80 adalah tarikh keramat, pada hari itu aku telah selamat dilahirkan ke dunia ini dan Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup yang penuh dengan dugaan ini. InsyaAllah, aku akan teruskan langkah dengan penuh kesabaran.

Tahun 2011- mudah-mudahan membawa seribu kerberkatan dan kebaikan. Ya, tinggi harapan aku dan berdoa agar ada di antaranya yang akan menjadi kenyataan. Azam baru? Memanglah ada. Tapi azam kalau tidak diiringi dengan usaha, memang tidak akan menjadi kenyataan. Angan-angan yang kosong, tanpa sebarang usaha atau follow up, akan tetap menjadi angan-angan.

Walau susah, walau banyak masalah, aku tetap rasa bersyukur kerana dikelilingi dengan insan-insan tersayang..Keluarga, anak-anak, Lan dan kawan-kawan. Semua masalah ada penyelesaiannya, ya itu memang betul. Kadang-kadang, aku selalu merasakan semua yang terjadi padaku ni berpunca dari kesilapan dan dosa yang telah kulakukan dahulu. Tidak kiralah secara sengaja atau tidak. Zaman remaja yang penuh dengan rasa memberontak, teringin mencuba sesuatu yang baru, memang ada. Aku akui. Kadang-kadang seperti ingin balik ke zaman silam, dan aku sure takkan lakukan semua kesilapan itu. Tapi, benar..kita belajar melalui kesilapan. Terpulanglah bagaimana kita menilai apa yang terjadi.

Aku mempunyai lebih kesempatan untuk bersama keluarga. Kali ni aku tidak dapat sambung mengajar sebagai part time lecturer di uitm, jadi aku ada masa lebih dengan family. Afiq yang semakin membesar, dah bersekolah, perlu lebih perhatian.Apatah lagi si fatin, yang manja. Sayang mereka berdua, dan tidak mungkin aku tukarkan mereka dengan harta yang ada di dunia ni.
Semoga hidup aku dan familyku bertambah baik...bahagia hendaknya..Tulah harapan dan doaku. Dan semoga impian aku akan tercapai dalam mengejar kebahagiaan...Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan yang aku pilih ni...biar susah macamanapun, aku akan tetap harungi dengan tabah dan sedaya upayaku bersabar dengan dugaan yang mendatang.
Apapun, May Allah bless us..n guide our way...InsyaAllah..Amin.
CUDA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...