Yeyeye...dapat contact balik dengan kawan-kawan lama masa study dekat SMVSP2 dulu, tahun 96 n 97. Bestnya perasaan bila dapat tau hal kawan-kawan yang satu masa dulu baik dengan aku. Fadh dan manja. Satu dorm masa dok asrama dulu...banyak kenangan manis dan pahit kami.
Teringat masa kena rotan dengan En.Bob sebab kami meraikan besday kak umey(senior) dan menyanyi lagu besday pas kul 12. Tak tahu pulak rupanya time tu En.Bob dan En.Din tengah meronda..maklumla,curfew kul 11. Apa lagi,depa naik ke dorm kami, panggil kami semua, beraturlah di depan dorm semua adik2 junior dorm Fikir Damai(F2). Walau apapun penjelasan yang kami beri, En.Bob sebagai ketua warden, tetap tak terima. Kami tetap melanggar undang-undang asrama. Sebagai hukumannya, kenalah rotan di telapak tangan sorang sedas. Masa tu, hati pedih dan sakit. Rasa macam nak marah. Tapi, kami sama-sama hadapi...memang rasa ketidakpuasan hati tu menebal. Rasa macam kami tidak wat salah, yalah sekadar hendak meraikan besday kakak senior yang akan tinggalkan sekolah. Budi bicara la kan..bukan selalu. Hai, tapi nasib badanla...En.Bob sangat tegas orangnya...Inilah kenangan yang tak akan kami lupakan...sama-sama sakit.
Bila dikenangkan semua memori masa dok kat hostel,memang best. Best sangat...kawan-kawan waktu suka dan duka...Kenangan pasai surat layang, yang bikin PK HEM hampir sakit jantung pun datangnya dari dorm F2 jugak.huhu...jiwa remaja, mudah memberontak. Satu tindakan yang amat kurang bijak pada masa itu hanya kerana kami tidak dibenarkan pulang ke kampung kerana pihak sekolah telah berjanji terlebih dahulu. Friendship is very valuable...precious...
Apapun, aku sangat hepi bila dapat tahu, kawan-kawan aku dah kawin, ada anak, berjaya dengan cara masing-masing. Yang terbaru, Atun baru ja bertunang. Tahniah atun yang baik!!!hehehe..aku suka buli atun dulu...tapi buli cara baik la...Jgn salah paham..
All the best to all my friends...Semoga kita dapat eratkan kembali our friendship...mungkin nak arrange reunion kerana dulu aku ni ketua dorm..heheheh
CUDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment